Tentang Kami

Masjidku.co

Platform Ruang Sujud

“Kita Jaga Ruang Sujud,
Kita Jaga Hati Kita”

Logo Masjidku.co

🕌 Falsafah & Visi

“Peluang Ketenanganku”

Masjidku.co wujud bukan sekadar jenama, tetapi sebagai Platform Ruang Sujud. Misi kami adalah menyediakan ekosistem untuk anda mencapai ketenangan melalui penyucian ruang sujud fizikal dan hati.

Seruan spiritual ini adalah berasaskan:

  • Dalil al-Quran: “Ketenangan hati hanya dengan mengingati Allah SWT” (Surah Ar-Ra’d 13:28)
  • Hadis: “Hakikat seluruh bumi adalah tempat sujud yang suci” (HR Bukhari)
Menjadikannya amanah untuk kita memelihara semua ruang sujud.

Visi Kami: Memuliakan Setiap Ruang Sujud.

1. Penyucian Fizikal (Fasa 1) 🧹

Fokus Semasa: Memastikan surau mini stesen minyak bersih melalui servis profesional.

Sasaran: 30 buah surau mini stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

2. Penyucian Hati (Fasa 2) ✨

Perancangan Masa Depan: Platform kebajikan, sedekah, wakaf & CSR melalui NGO untuk memastikan surau mini di ruang awam (stesen minyak, restoran, mall) bersih melalui servis profesional.

🤝 Komuniti Masjidku.co

Kami menghapuskan jurang hierarki. Dalam ekosistem ini, kita semua adalah rakan setaraf yang saling melengkapi.

🤲 Penyumbang: The Contributors

Mereka yang menghulurkan apa sahaja aset yang ada untuk menjayakan misi. Bukan sekadar wang (Money), tetapi juga tenaga (Manpower), masa (Minutes), dan idea (Mind).

⚙️ Pelaksana: The Contractors

Pasukan operasi yang turun padang, memerah keringat, dan memastikan setiap amanah penyumbang diterjemahkan menjadi kerja fizikal yang nyata.

Pengurus Operasi MASJIDKU.CO:
KM Ventures (Komuniti MASJIDKU.CO Ventures)
Nombor Pendaftaran SSM: 003795751-U
🕌 Pengguna: The Consumers

Musafir, jemaah surau, dan masyarakat awam yang menikmati manfaat kebersihan dan ketenangan ruang sujud. Doa mereka adalah “dividen” sebenar ekosistem ini.

🧬 Anatomi Ekosistem

❤️ HATI (Core)

Falsafah Masjidku: Peluang Ketenanganku. Pusat visi strategik dan niat.

💪 TANGAN KANAN (Contractor)

Projek Komuniti (Fasa 1): Unit gerak kerja lapangan yang melaksanakan inisiatif fizikal sekarang.

👜 TANGAN KIRI (Commerce)

MShop: Dagangan sosial produk gaya hidup untuk sokongan dana operasi.

🧠 MINDA (CoLearning)

Akademi Masjidku.co: Hab pembangunan modal insan & ilmu hikmah al-Quran.

🦶 KAKI KANAN (Contributor)

NGO Komuniti [Fasa 2]: Bakal ditubuhkan untuk menguruskan dana sosial (Wakaf & Kebajikan).

💼 KAKI KIRI (Commercial)

KMCO (KM Companies): Sayap servis B2B & korporat untuk kelestarian bisnes jangka panjang.

🏢 Pelaksana & Status

🟢 FASA 1 (SEKARANG): KM Ventures (003795751-U)

Operator teknikal & komersial. Menguruskan jualan Slot Tajaan Kebersihan secara B2C dan servis Penjagaan Surau Mini di stesen minyak.

🟡 FASA 2 (AKAN DATANG): Komuniti Masjidku (NGO)

Badan yang bakal ditubuhkan untuk menguruskan dana sosial (Wakaf & Derma) bagi projek infrastruktur masa depan.

“Jaga Surau Mini, Macam Rumah Sendiri”

Sertai Fasa 1 Gerakan Sucikan Ruang Sujud Fizikal sekarang.

🚀 Langgan Slot Tajaan (RM30)

“Bersama Membuat, Bukan Mengharap”