Description
Lebih Daripada Sekadar Membersih, Kita Menyucikan.
Terima kasih kerana memilih untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Masjidku.co. Tajaan anda pada bulan ini akan disalurkan terus ke lokasi pilihan anda.
Kenapa Tajaan Anda Penting?
Banyak surau mini di stesen minyak dan ruang awam terbiar kotor bukan kerana pemilik tidak peduli, tetapi kerana kekangan masa dan tenaga. Inisiatif ini menawarkan solusi “Zero Kos” kepada pemilik premis, di mana kos penjagaan ditanggung sepenuhnya oleh wira komuniti seperti anda.
Apa Yang Surau Mini Ini Dapat? (Spesifikasi Operasi)
Pasukan operasi kami (KM Ventures) akan melaksanakan rutin penjagaan profesional sepanjang bulan tajaan:
- Kekerapan: 2 Kali Lawatan Seminggu (Rutin A+B/minggu)
Total 8 lawatan/bulan. - Rutin A (Deep Clean): Cucian lantai, susunan & sanitasi sejadah/telekung, serta pewangian ruang.
- Rutin B (Monitoring): Lawatan pemantauan, spot-check kebersihan, dan pembaikan ringan jika perlu.
Misi Kita: Fizikal & Hati
Setiap ringgit yang anda sumbangkan bukan sahaja membersihkan debu di lantai (Fizikal), tetapi juga memberi ketenangan kepada setiap jemaah yang bersujud (Hati).
Cara Ia Berfungsi:
- Pilih Bulan Tajaan anda di atas.
- Selesaikan pembayaran slot RM30.
- Kami akan hantar laporan setiap kali kami jalankan amanah menjaga surau tersebut bagi pihak anda.
“Bersama Membuat, Bukan Mengharap”
Inisiatif kebersihan ini adalah usaha bebas komuniti di bawah MASJIDKU.CO. Ia BUKAN tajaan atau kutipan derma yang dianjurkan oleh pemilik premis atau jenama stesen minyak tersebut. Kami cuma tumpang berbakti membersihkan ruang sujud mereka.
Transaksi ini adalah Jualan Perkhidmatan (Servis) yang diuruskan oleh KM Ventures, bukan kutipan derma kebajikan. Anda sedang membeli slot tajaan untuk menampung kos operasi pembersihan surau mini. Tiada resit pengecualian cukai (LHDN) disediakan.
Ikuti Perjalanan Kami:
Nak tahu update terkini atau lihat hasil kerja kami? Follow kami di media sosial:
- Facebook: @masjidku.co
- Instagram: @masjidku.co
- TikTok: @masjidku.co
Ada pertanyaan lanjut?
Terus WhatsApp kami: +6011-5860 5062










Reviews
There are no reviews yet.