Dasar Privasi

Privasi Anda

Dasar Privasi & Data Peribadi

Dikemaskini pada: 1 Januari 2026

Hai! Terima kasih kerana melawat Masjidku.co.
Kami faham, bab data ni sensitif. Dokumen ini ditulis dalam bahasa mudah supaya anda faham apa yang kami buat dengan maklumat yang anda bagi masa menaja atau membeli di sini.

1. Siapa Kami? šŸ¢

Laman web ini (https://masjidku.co) diuruskan sepenuhnya oleh entiti sosial enterprise kami:

  • Pengurus Operasi: KM Ventures (003795751-U)
  • Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia
2. Apa Data Yang Kami Simpan? šŸ“‚

Bila anda buat tajaan slot kebersihan atau beli barang di MShop, kami hanya simpan:

  • Nama Penuh: Untuk tujuan rekod akad (resit).
  • Nombor WhatsApp: Saluran utama kami hantar laporan projek (ā€œProof of Workā€) & update tempahan.
  • Alamat Emel: Untuk sistem hantar invois/resit automatik.
  • Alamat Penghantaran: Hanya jika anda beli produk fizikal (baju/sabun).

Nota Penting: Kami TIDAK simpan data kad kredit atau login bank anda. Semua pembayaran diuruskan oleh pihak ToyyibPay/Bank yang selamat.

3. Pasal Cookies šŸŖ

Bukan biskut raya, tapi fail kecil dalam browser.

Kami guna cookies untuk pastikan troli (Cart) anda tak hilang bila anda tukar page, dan untuk ingat login anda (kalau anda ada akaun). Cookies ini akan lupus sendiri selepas beberapa hari/minggu.

4. Berapa Lama Kami Simpan Data? ā³

Untuk pengguna yang mendaftar atau menaja, kami simpan info profil anda dalam pangkalan data kami selagi akaun anda aktif. Ini memudahkan anda semak sejarah tajaan lama.

Anda boleh minta kami padam (delete) data anda sepenuhnya pada bila-bila masa dengan menghubungi Admin.

5. Kami Kongsi Data Dengan Siapa? šŸ”’

Pendek kata: Tiada Siapa.

Kami tak jual database kat broker insurans atau scammer. Data anda hanya dikongsi jika:

  • Wajib di sisi undang-undang Malaysia.
  • Perlu untuk kurier hantar barang (PosLaju/J&T) – tu pun nama & alamat je.

Hak Anda

Kalau anda rasa nak tarik balik kebenaran atau nak tanya pasal data, roger je kami:

Dokumen ini tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia).