4. Salam Sejahtera
Ya Allah, Engkaulah As-Salam (Sejahtera), dari-Mu sejahtera.
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ
Dan kepada Engkau kembalinya kesejahteraan itu.
وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلَامُ
Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan.
فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ
Dan masukkanlah kami ke syurga negara yang aman sejahtera.
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلَامِ
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Wahai Tuhan pemilik keagungan dan kemuliaan.
يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
5. Al-Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan.
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
Engkau sahajalah (Ya Allah) Yang kami sembah,
إِيَّاكَ نَعْبُدُ
Dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai,
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
Dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
6. Ayat Kursi
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan selain Allah.
وَإِلَهُكُمْ إِلَهُ وَاحِدٌ لَّا إِلَهَ إِلَّا هُوَ
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan.
ٱللَّٰهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ
Dia tidak mengantuk dan tidak tidur.
لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya.
مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ
Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka.
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Dia kehendaki.
وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ
Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga keduanya.
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا
Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
8. Zikir & Wirid Solat
8a. Penjaga Maha Suci (Sendiri/*Ramai)
(Tuhanku Penjagaku/*Tuhan kami Penjaga kami), Maha Suci Allah.
(إِلٰهِي رَبِّي/*إِلٰهَنَا رَبَّنَا) سُبْحَانَ اللهِ
8b. Tasbih
Maha Suci Allah. (33x)
سُبْحَانَ اللهِ
8c. Tasbih Munajat
Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya yang kekal selama-lamanya.
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ دَائِمًا قَائِمًا أَبَدًا
8d. Tahmid
Segala puji bagi Allah. (33x)
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ
8e. Tahmid Syukur
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam ke atas tiap-tiap perkara dan kenikmatan.
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ عَلَىٰ كُلِّ حَالٍ وَفِي كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ
8f. Takbir
Allah Maha Besar. (33x)
اَللهُ أَكْبَرُ
8g. Penutup Zikir & Wirid Solat
Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا
Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya.
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
Dan Maha Suci Allah pagi dan petang.
وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
9. Doa Solat
9a. Doa Selamat (Sendiri/*Ramai)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia rasul.
وَٱلصَّلَاةُ وَٱلسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ ٱلْمُرْسَلِينَ
Serta keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Ya Allah, hidupkanlah (ku/*kami) dengan iman.
اللَّهُمَّ أَحْيِ (نِي/*نَا) بِٱلْإِيمَانِ
Dan matikanlah (ku/*kami) dengan iman.
وَأَمِتْ (نِي/*نَا) بِٱلْإِيمَانِ
Dan masukkanlah (ku/*kami) ke dalam syurga bersama iman.
وَأَدْخِلْ (نِي/*نَا) ٱلْجَنَّةَ مَعَ ٱلْإِيمَانِ
9b. Doa Untuk Ibu Bapa (Sendiri/*Ramai)
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa (ku/*kami).
اللَّهُمَّ اغْفِرْ (لِي/*لَنَا) ذُنُوبَ (نِي/*نَا)
Dan dosa kedua ibu bapa (ku/*kami).
وَلِوَالِدَيَّ
Dan rahmatilah mereka.
وَارْحَمْهُمَا
Sebagaimana mereka memelihara (ku/*kami) ketika kecil.
كَمَا رَبَّيَا (نِي/*نَا) صِغَارًا
9c. Doa Penerang Hati (Sendiri/*Ramai)
Ya Allah, bukakanlah hikmah-Mu kepada (ku/*kami).
اللَّهُمَّ افْتَحْ (لِي/*عَلَيْنَا) حِكْمَتَكَ
Dan bentangkanlah rahmat-Mu untuk (ku/*kami).
وَانْشُرْ (لِي/*عَلَيْنَا) مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
9d. Ketetapan Hati Di Atas Agama (Sendiri/*Ramai)
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ
Tetapkanlah hati(ku/*kami) di atas agama-Mu.
ثَبِّتْ (قَلْبِي/*قُلُوبَنَا) عَلَىٰ دِيْنِكَ
9e. Doa Elak Hutang & Sedih (Sendiri/*Ramai)
Ya Allah, (aku/*kami) berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah.
اللَّهُمَّ (إِنِّي/*إِنَّا) (أَعُوذُ/*نَعُوذُ) بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
Dan (aku/*kami) berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas.
وَ (أَعُوذُ/*نَعُوذُ) بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
Dan (aku/*kami) berlindung pada-Mu dari sifat pengecut dan bakhil.
وَ (أَعُوذُ/*نَعُوذُ) بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
Dan (aku/*kami) berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
وَ (أَعُوذُ/*نَعُوذُ) بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
9f. Doa Pengakhiran Baik (Sendiri/*Ramai)
Ya Allah, akhirilah hidup (ku/*kami) dengan pengakhiran yang baik.
اللَّهُمَّ اخْتِمْ (لِي/*لَنَا) بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
Dan janganlah Engkau akhiri hidup (ku/*kami) dengan pengakhiran yang buruk.
وَلَا تَخْتِمْ (عَلَيَّ/*عَلَيْنَا) بِسُوءِ الْخَاتِمَةِ
Wahai Tuhan (ku/*kami), janganlah Engkau pesongkan hati (ku/*kami).
(رَبِّي/*رَبَّنَا) لَا تُزِغْ (قَلْبِي/*قُلُوبَنَا)
Sesudah Engkau beri petunjuk kepada (ku/*kami).
بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَ (نِي/*نَا)
Dan kurniakanlah kepada (ku/*kami) rahmat dari sisi-Mu.
وَهَبْ (لِي/*لَنَا) مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia.
إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ
9g. Doa Kebaikan Dunia Akhirat
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً
Dan kebaikan di akhirat.
وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً
Dan peliharalah kami dari azab neraka.
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan selawat Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad.
وَصَلَّى ٱللَّهُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Dan ke atas keluarga serta sahabat baginda dan sejahtera.
وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
وَٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
Aminnn...