FAQ

Soalan Lazim

Ada Pertanyaan?

Kami kumpulkan jawapan untuk soalan yang selalu ditanya pasal servis dan tajaan Masjidku.co.

šŸ¢ Konsep & Model Bisnes

Ini program derma atau bisnes?

Secara teknikalnya, ini adalah Jualan Servis (B2C). KM Ventures (entiti bisnes sosial kami) menjual perkhidmatan pembersihan profesional.

Bila anda “menaja”, anda sebenarnya sedang membeli slot servis tersebut bagi pihak surau mini. Duit itu digunakan 100% untuk kos operasi (gaji krew, sabun, logistik), bukan masuk tabung derma semata-mata.

Kenapa fokus Surau Mini Stesen Minyak?

Sebab surau mini stesen minyak adalah tempat paling kritikal. Ribuan musafir singgah setiap hari, tapi selalunya tandas wangi, surau berbau.

Kami nak ubah persepsi tu. Kami nak pastikan surau mini jadi tempat rehat rohani yang paling selesa, setaraf dengan standard tandas 5 bintang mereka.

🧹 Operasi & Laporan

Apa skop kerja team KM Ventures?

Kami bukan sekadar sapu sampah. Pakej servis kami merangkumi:

  • Deep Cleaning: Cuci lantai, dinding, kipas, dan ruang wuduk.
  • Fabrik: Tukar ganti sejadah & telekung bersih setiap minggu (dobi diuruskan kami).
  • Suasana: Pewangi dan sediakan “Amenities Kit” (sabun pencuci tangan, cermin, make-up remover, dll).
Macam mana saya tahu kerja dah buat?

Kami amalkan ketelusan total (“Proof of Work”).

Setiap kali team kami selesai bertugas, laporan bergambar (Before & After) akan dihantar terus ke WhatsApp anda. Anda boleh nampak sendiri perubahan yang berlaku hasil tajaan anda.

šŸ’³ Pembayaran & Resit

Boleh dapat pelepasan cukai (LHDN) tak?

Tidak Boleh.

Seperti dimaklumkan, ini adalah transaksi jual beli perkhidmatan, bukan derma kepada tabung kebajikan berdaftar LHDN. Resit yang anda terima adalah Resit Pembelian (Invoice/Receipt) biasa.

Macam mana nak bayar?

Kami guna sistem ToyyibPay (FPX). Anda boleh bayar guna Maybank2u, CIMB Clicks, dan semua bank utama di Malaysia. Selamat dan pantas.

Tak jumpa jawapan?

Jangan segan, terus tanya Admin kami kat WhatsApp.

WhatsApp Kami Sekarang