Terms and Conditions

Terma & Syarat

Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 2026

Selamat datang ke Masjidku.co. Laman web ini dikendalikan oleh KM Ventures (003795751-U). Sila baca terma ini dengan teliti sebelum anda membuat sebarang pembelian slot tajaan atau produk di MShop.

Dengan meneruskan transaksi, anda bersetuju untuk terikat dengan syarat-syarat di bawah.

1. Akad & Status Transaksi

Untuk mengelakkan kekeliruan, kami menetapkan definisi berikut bagi setiap transaksi di platform ini:

⚠️ PENTING: Bukan Derma Kebajikan
Pembelian “Slot Tajaan Kebersihan” diklasifikasikan sebagai Jualan Perkhidmatan (Servis). Anda membayar KM Ventures untuk melaksanakan kerja pembersihan di lokasi yang dipersetujui. Oleh itu, tiada resit pengecualian cukai (LHDN) dikeluarkan untuk transaksi ini.

2. Pembayaran

  • Semua transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR).
  • Kami menggunakan gerbang pembayaran selamat (ToyyibPay/FPX).
  • Pembayaran dianggap selesai hanya apabila anda menerima emel pengesahan atau resit rasmi daripada sistem kami.

3. Pelaksanaan Servis (Tajaan Surau)

Bagi pelanggan yang melanggan slot kebersihan surau mini:

  1. Jadual: KM Ventures komited melaksanakan rutin pembersihan mengikut frekuensi yang dinyatakan dalam pakej (contoh: 8x sebulan).
  2. Laporan: “Proof of Work” (Bukti Kerja) akan dihantar ke WhatsApp anda secara berkala sebagai bukti amanah telah dijalankan.
  3. Halangan: Jika berlaku halangan tidak dapat dielakkan (bencana alam/surau ditutup), kami berhak menunda jadual pembersihan ke tarikh lain yang sesuai.

4. Produk Fizikal (MShop)

Bagi pembelian barangan fizikal (Baju/Sabun/Merchandise):

  • Penghantaran: Pesanan akan diproses dalam masa 1-3 hari bekerja.
  • Kerosakan: Jika barang diterima dalam keadaan rosak, sila lapor kepada kami dalam masa 48 jam selepas penerimaan untuk proses penggantian.

5. Polisi Pemulangan Wang (Refund)

Secara amnya, tiada pemulangan wang dibenarkan selepas pembayaran berjaya, KECUALI:

  • Berlaku caj berganda (double charge) akibat ralat sistem.
  • Produk fizikal kehabisan stok selepas bayaran dibuat.
  • KM Ventures gagal melaksanakan servis yang dijanjikan tanpa alasan munasabah.

6. Tanggungjawab Anda

Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat (Terutamanya Nombor WhatsApp) untuk memudahkan penghantaran laporan. Kami tidak bertanggungjawab jika laporan gagal sampai akibat nombor telefon yang salah.

Jika ada sebarang keraguan mengenai terma ini, sila hubungi kami sebelum membuat pembayaran.

KM Ventures
Emel: hello@masjidku.co